Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kolej Profesional MARA Beranang
Kolej Profesional MARA Beranang, Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan No.Telefon : 03-87668935/36 , No.Faks : 03-87668940
Program Diploma dalam Sains Komputer memberi tumpuan kepada bidang sistem maklumat, kejuruteraan perisian, pengaturcaraan, rangkaian dan bidang ICT yang lain yang berkaitan.
Program ini diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Pearson untuk menjalankan Program PEARSON BTEC HND dalam bidang pengkomputeran dan pembangunan sistem.
Program Diploma Perakaunan menyediakan pelajar dengan pengetahuan mengenai laporan kewangan, meramal belanjawan dan membina sistem perakaunan untuk perniagaan kecil dan besar.
Program Diploma dalam Pengajian Perniagaan menawarkan pengetahuan mengenai keusahawanan, sumber manusia, prosedur undang-undang dan pengurusan operasi sesebuah perniagaan.
Program Diploma Perniagaan Tani melengkapkan pelajar dengan asas pengurusan perniagaan dalam bidang pertanian, pengeluaran tanaman, industri landskap serta jualan pemasaran dan runcit terhadap hasil tanaman.
Program Diploma Landskap dan Holtikultur ditawarkan untuk memenuhi disiplin landskap dan industri hortikultur khususnya dalam rekabentuk landskap dan penyelenggaraan tumbuhan.
PENUTUPAN UNIT UPP SEMPENA SUKAN KARNIVAL SUKAN STAF KPM & KM (KASAF) 2019