KATA ALUAN PENGARAH

 

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...


    Seluruh warga Kolej Profesional Mara Beranang (KPMB) mengalu-alukan kedatangan para pengunjung ke gerbang ini. Bertepatan dengan zaman globalisasi dan informasi yang berkembang luas, gerbang ini bertujuan menyalurkan pelbagai informasi terkini sama ada berkaitan pelajar, akademik, kakitangan mahupun kolej secara amnya.


    Segalanya bermula di sini, dengan cabaran yang menuntut segala pengorbanan dan kecekalan, kami berusaha untuk lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran global. Semangat inilah yang telah dipupuk kepada para pelajar dan seluruh warga kerja supaya mereka meneroka dan mempertingkatkan ilmu dan kemahiran bertepatan dengan tema “Warga Kreatif PencetusTransformasi”. Pelbagai program berbentuk akademik dan ilmiah telah diatur bagi menyediakan pelajar ke arah keperluan tuntutan insan yang berilmu dan memenuhi keperluan kependidikan semasa. Warga akademik dan bukan akademik pula sentiasa dipertingkatkan ilmu pengurusan terutamanya dimana kami seluruh warga KPMB sangat menitikberatkan kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik malah bukan akademik supaya pelajar lebih mantap dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan spiritual manakala warga kerja terus bermotivasi untuk menabur bakti kepada nusa dan bangsa.


    Bersesuaian dengan nilai yang dipegang bersama iaitu TAJRIC dengan satu visi “To be a leading and prominent entrepreneurial business college”, semua kakitangan akademik dan pentadbiran secara berterusan meningkatkan iltizam untuk mencurahkan segala keringat bagi mempertingkatkan prestasi kolej ke peringkat yang tertinggi. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar, warga pendidik dan tenaga kerja KPMB yang telah berusaha keras untuk memastikan kejayaan kita semua.