UNIT PEPERIKSAAN & PERSIJILAN


PENGENALAN

Unit Peperiksaan & Persijilan bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester mengikut takwim yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA. Selain menguruskan peperiksaan peringkat institusi, unit ini juga mengurus dan mengendalikan peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia seperti peperiksaan MUET.

Unit Peperiksaan & Persijilan bertanggungjawab membantu Bahagian Akademik Kolej terhadap segala aktiviti berhubung penyediaan soalan, peperiksaan, persijilan dan dokumentasi akademik di Kolej Profesional MARA Beranang mengikut peruntukan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA.

 

VISI

Ke arah pengurusan dan pengendalian peperiksaan yang berkesan serta dokumentasi persijilan.


MISI

Menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan yang dipertanggungjawabkan dengan cekap, selamat dan sempurna serta terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.
Memproses serta mengeluarkan keputusan peperiksaan & persijilan dengan cepat, tepat dan adil.

 

OBJEKTIF

  1. Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan yang ditakwimkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA dengan baik, tersusun dan lancar.
  2. Merancang, mengurus dan mengawal bagi memastikan proses pengubalan soalan, urusan peperiksaan dan urusan persijilan dapat dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah.
  3. Memastikan segala keperluan & kemudahan peperiksaan mencukupi dan berada dalam keadan baik bagi menjamin keselesaan semua pelajar yang mengambil peperiksaan.
  4. Menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan dan menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak yang terlibat dalam usaha memajukan bidang pendidikan bumiputera.
  5. Memastikan proses menyampaikan keputusan peperiksaan dan urusan persijilan kepada pihak yang berkenaan dapat dilakukan dengan cepat, adil dan dipercayai.

 

JAWATANKUASA UPP

  1. En Mohd Hazizi Bin Abu Bakar
  2. Pn Syuhada Bt Khalidi
  3. Pn Wan Intan Saadah Bt wan Rosdi
  4. En Shahrizal Bin Hanafi
  5. Pn Rafidah Bt Yahya
  6. En Khairil Amri Bin Saaban
  7. Cik Norhazwani Bt Rahman
  8. En Mohd Firdaus Bin Abdul Manap
  9. Pn Nurhannanie Bt Bujang
  10. Pn Sharifah Norzainah Bt Syed Edrus
  11. Cik Zawiah Bt Zakaria