Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kolej Profesional MARA Beranang

 

Kolej Profesional MARA Beranang, Lot 2333, Jalan Kajang/Seremban, 43700 Beranang, Selangor Darul Ehsan No.Telefon : 03-87668935/36 , No.Faks : 03-87668940


:: PERATURAN PELAJAR KPMB ::

 

 PELAJAR-PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG (KPMB) PERLU MEMATUHI SEGALA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK KOLEJ.

SEKIRANYA PELAJAR-PELAJAR DIDAPATI TELAH MELANGGAR SALAH SATU PERATURAN KOLEJ, ANDA AKAN DIKENAKAN HUKUMAN BERDASARKAN KESALAHAN YANG ANDA LAKUKAN.

UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PERATURAN-PERATURAN YANG ADA DALAM KPMB, ANDA BOLEH MELIHATNYA MELALUI PAUTAN-PAUTAN YANG DISEDIAKAN DI BAWAH.

 


 

PERATURAN TATATERTIB PELAJAR KPMB 

:: BUKU PANDUAN TATATERTIB PELAJAR ::


 

Adalah dimaklumkan bahawa setiap semester pihak Kolej akan mengendalikan aktiviti-aktiviti serta program akademik dan kokurikulum seperti di dalam perancangan. Semua aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk memperkasakan prestasi akademik dan sahsiah pelajar yang akhirnya dapat melahirkan graduan KPMB yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai akhlak yang terpuji.

Oleh yang demikian pelajar seharusnya mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke aktiviti/program yang wajib hadir disamping menyertai lain-lain aktiviti kolej seperti Kelab Minat, sukan serta riadah. Dengan kehadiran ini, pelajar dijangka akan meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan mempunyai 'networking' dengan Komuniti Luar Kolej.

Bagi Aktiviti/Program wajib hadir, Pihak pelajar dikehendaki hadir dan sekiranya gagal, tindakan tegas akan diambil berdasarkan Peraturan Tatatertib Kolej Profesional MARA di bawah Kategori:-

       KELAS B :KLAUSA 2.5: Ponteng Kolej/Kuliah (Tertakluk Kepada Peraturan Kolej Berkenaan)

 

:: PERATURAN PENYERTAAN AKTIVITI KOLEJ ::

Sekiranya pelajar tidak dapat menghadirkan diri, pelajar perlu memaklumkan kepada Penganjur secara bersurat untuk pertimbangan Pengecualian.

PERATURAN INI AKAN  BERKUATKUASA BERMULA SEMESTER JULAI /DISEMBER 2016


 

Penguatkuasaan Permit & Lesen Perniagaan Di Dalam Kawasan KPMB

Perhatian Kepada Usahawan KPMB:

Sukacita diingatkan sekali lagi bahawa semua aktiviti keusahawanan yang berlangsung di Kolej Profesional MARA Beranang perlulah mendapat lesen atau permit perniagaan daripada unit PSN.

Penguatkuasaan ini juga termasuk dengan pelajar yang berniaga untuk mengumpul dana bagi tujuan khidmat masyarakat.


 

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar KPMB adalah dilarang daripada menyertai mana-mana perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara. Tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar melanggar Peraturan Tatatertib Pelajar Kolej Profesional MARA di bawah kategori seperti yang dilampirkan di bawah.

Mohon kerjasama semua pelajar KPMB untuk mengambil perhatian serius berkenaan arahan ini. Dilampirkan juga surat edaran dari Bahagian Sumber Manusia berkenaan perkara tersebut.

:: LARANGAN PERHIMPUNAN HARAM BSM BIL 46-2013 ::