OBJEKTIF
TERDAPAT 8 OBJEKTIF YANG PERLU DICAPAI OLEH KPMB:-

1.    Sekurang-kurangnya 85% dari jumlah bilangan pelajar lulus semua kursus dan memperoleh TPNG sekurang-kurangnya 2.00 bagi setiap
       semester.

2.    Tidak lebih 3% dari bilangan pelajar diberhentikan kerana prestasi akademik bagi setiap semester.

3.    Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah bilangan pelajar memperoleh Anugerah Kecemerlangan Kolej (COPA) setiap semester dan 5% pelajar
       memperoleh Anugerah Kecemerlangan MARA (MOPA) di akhir pengajian.

4.    Tidak lebih 1% dari bilangan pelajar disingkirkan  kerana kes disiplin dalam satu semester.

5.    Sekurang-kurangnya 85% dari peruntukan belanja mengurus dibelanjakan oleh kolej.

6.    Sekurang-kurangnya 30% dari jumlah bilangan graduan berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi dalam tempoh satu
       tahun selepas tamat pengajian.

7.    Sekurang-kurangnya 70% dari jumlah bilangan graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian.

8.    Sekurang-kurangnya 15% dari jumlah bilangan graduan mendapat pendedahan keusahawanan dalam tempoh setahun selepas tamat
       pengajian.