SEJARAH KPMB

Kolej Profesional MARA Beranang (KPM) asalnya dikenali sebagai Institut Kemahiran MARA (IKM Perdagangan) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977. Sejak Penubuhannya hingga penghujung bulan Julai 1982, ia telah di tempatkan di Tingkat 2, Bangunan Sing Heo Motor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pada bulan Ogos 1982, IKM Perdagangan (IPM Kuala Lumpur) telah berpindah ke bangunan baru di Bandar Tun Razak Cheras. Seterusnya pada Januari 1987, IPM Kuala Lumpur berpindah ke bangunan lama MARA di Jalan Tuanku Abdul Rahman setelah pusat pentadbiran MARA berpindah ke Bangunan MARA baru. Pada Februari 1993, IPM Kuala Lumpur sekali lagi berpindah ke Wisma Sachdev (akademik) dan Wisma Tharkudas (Pentadbiran) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Setelah beberapa kali berpindah akhirnya pada 1 Jun 1998, IPM Kuala Lumpur mula beroperasi di kampus tetapnya di Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang/Seremban, Beranang Selangor dan dikenali sebagai Kolej Profesional MARA Beranang (KPMB).

Kursus-kursus yang pernah dikendalikan oleh Kolej Profesional MARA adalah:-

  • London Chamber of Commerce and Industry (LCCI)
  • General National Vocational Qualification (GNVQ)
  • Matriculation Institute of Chartered Secretaries & Administrators (MICSA)
  • Diploma in Business Management (DIBM)
  • Certificate in Company Secretaryships (CCS)
  • Institute of Cooperative Auditors (ICA)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Certificate in Ticketing & Reservation
  • Sijil Pemandu Pelancong

Kini KPMB menawarkan 4 Kursus, iaitu:-

  • Diploma in Accountancy (DIA)
  • Diploma in Business Studies (DBS)
  • Higher National Diploma in Computing (System Development) (HND SYD)
  • Diploma in Agro Business (DAB)

Gambar Kenangan