PROGRAM CERTIFICATE OF FINANCE, ACCOUNTING AND BUSINESS (CFAB)

Program CFAB ini adalah merupakan program sub-profesional yang diiktiraf oleh badan profesional iaitu Institute Chartered of Accountants in England and Wales (ICAEW). Program ini merupakan Program untuk pelajar-pelajar cemerlang SPM di bawah penganjuran MARA di bawah skim Young Talent Program (YTP). Pelajar akan belajar mengenai ilmu perakaunan dan kemahiran praktikal yang telah ditetapkan oleh ICAEW. Pelajar akan menyambung pengajian ke peringkat profesional iaitu ICAEW Chartered of Accountant (ACA) di institusi atau universiti terkemuka yang menawarkan program ICAEW di Malaysia.

