DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES
Diploma in Business Studies (MQA/FA 0532)
Program ini dibangunkan dengan memberi penekanan kepada pembelajaran terkini dan secara amali yang lebih sesuai dengan keperluan pihak industri. Antara kemahiran asas yang terlibat adalah seperti pentadbiran perniagaan, pengurusan sumber manusia dan aplikasi teknologi maklumat dalam menguruskan perniagaan. Program ini juga menumpukan kepada kemahiran numerasi termasuk Matematik Perniagaan, Statistik dan Perakaunan Kewangan. Selain daripada itu, program juga dirancang untuk menghasilkan tenaga kerja yang beretika dan kompeten agar dapat mempraktikkan pengetahuan dalam pelbagai bidang pengurusan. Sejajar dengan visi dan misi MARA, program ini memberi peluang kepada graduan untuk menjadi pengurus yang berjaya dengan mempunyai minda dan nilai keusahawanan yang sentiasa inovatif dan proaktif.
Kluster : Perniagaan dan Pentadbiran
Kod Program : DBS
Tempoh Pengajian : 2 tahun (6 semester)
Kluster : Perniagaan dan Pentadbiran
Kod Program : DBS
Tempoh Pengajian : 2 tahun (6 semester)
Syarat Kelayakkan
Memperoleh sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
1. Bahasa Melayu
2. Dua (2) subjek lain
3. Lulus Matematik
4. Lulus Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya Gred D.
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian (Gred C dan ke atas) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Calon yang mendapat Gred D dalam Bahasa Inggeris perlu lulus Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) dengan minimum Gred C.

Prospek Kerjaya