KELAB, PERSATUAN & BADAN BERUNIFORM

Kelab Kembara & Rekreasi

Objektif kelab kembara dan rekreasi adalah seperti:

  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk aktiviti rekreasi luar bilik “outdoor” kepada ahli-ahli kelab khususnya dan seluruh warga kolej.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dan etika rekreasi dalam segala aktiviti yang dijalankan.
  • Memberi pendedahan kepada ahli mengenai aktiviti-aktiviti rekreasi yang mampu dimanfaatkan sebagai salah satu cara hidup yang sihat
  • Menyalurkan segala bentuk keilmuan dan kemahiran dalam berekreasi termasuk segala ilmu kehutanan, alam semulajadi, dan segala peralatan yang digunakan dalam aktiviti-aktiviti kembara dan rekreasi
  • Mengembara dan berekreasi sebagai agenda utama pergerakan kelab dan memastikan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan diterapkan dalam aktiviti tersebut.
Image
Image

Program Siswa Niaga

Kursus ini akan memberi pendedahan pelajar terhadap bidang keusahawanan dan perniagaan. Ia dapat menggalakkan mereka menceburi bidang ini sebagai kerjaya alternatif.

Selepas mengikuti kursus ini pelajar dapat :-

  • memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu keusahawanan dan pengurusan perniagaan
  • membentuk sikap keusahawanan dalam diri pelajar
  • memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia perniagaan sebenar menjadi mangkin dalam melahirkan usahawan berwibawa

Kelab Taekwando

Kursus ini akan membentuk pelajar berkaitan dengan sejarah, pengetahuan teknikal, kemahiran asas, undang-undang dan pengelolaan dalam taekwondo

Selepas mengikuti kursus ini pelajar dapat :-

  • Mengetahui latar belakang mengenai taekwondo
  • Mempraktikkan kemahiran ilmu taekwondo
  • Menyertai pertandingan yang dianjurkan diperingkat BPT dan negeri
  • Mengadakan demonstransi untuk tuntunan umum
Image
Image

Kelab Kesihatan & Kecergasan

Modul ini mengandungi 9  tajuk berkaitan dengan pembelajaran kesihatan dan kecergasan. Ia merangkumi pengenalan Pengenalan kepada Falsafah, Matlamat dan Objektif Kesihatan dan Kecergasan, Pengenalan Kesihatan Diri , Pemakanan, Senaman dan Gaya hidup, Pemeriksaan Kesihatan (BMI, tahap gula dan Kolestrol, tekanan darah), Prinsip-prinsip Warm up, Warm down dan Latihan Fizikal , Kempen Derma Darah , Pengenalan Kepada Senaman Aerobik, Jenis-jenis Aktiviti Kesihatan Kecergasan dan Penganjuran dan Penilaian Program.

Kelab Seni Muzik

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Kursus ini akan membentuk pelajar kepada pengenalan muzik, sejarah muzik, konsep dan peralatan muzik dan asas-asas vokal yang perlu ada dalam seni muzik.

Image

Hubungi kami

Kolej Profesional MARA Beranang,
Lot 2333 Jalan Kajang Seremban,
43700 Beranang, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.30 petang 
Rehat:
1.00 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.15 tengahari - 2.45 petang (Jumaat)
Tutup:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Tel   +6 (03) 876 68935 / 36

  • Fax  +6 (03) 876 68940

  • Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Dalaman

Ikuti kami di

 
     
© Copyright KPMB 2024. Design & Development by UNIT IT
KPMB tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search