Logo Kolej Profesional MARA berbentuk persegi mewakili 4 misi KPM iaitu:
1) Untuk menjadi individu yang cemerlang berdasarkan kemahiran perakaunan, pengurusan perniagaan, keusahawanan dan teknologi maklumat.
2) Untuk mempunyai nilai moral yang tinggi
3) Mahir dalam kemahiran Keusahawanan dan pengurusan
4) Untuk menjadi individu yang cemerlang yang mampu memimpin ekonomi, politik dan sosial negara.
Warna-warna di dalam logo
MERAH mewakili keberanian dan kekuatan yang ada pada warga KPM ke arah kecemerlangan akademik.
BIRU mewakili masyarakat yang harmoni di kampus KPM untuk mewujudkan matlamat pendidikan MARA.
KUNING mewakili kehebatan kualiti pendidikan untuk melahirkan generasi yang cemerlang.