PERATURAN PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA

BERANANG

PERATURAN PELAJAR

Buku peraturan tatatertib pelajar KPM Beranang

PERATURAN AKTIVITI PELAJAR

Adalah dimaklumkan bahawa setiap semester pihak Kolej akan mengendalikan aktiviti-aktiviti serta program akademik dan kokurikulum seperti di dalam perancangan. Semua aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk memperkasakan prestasi akademik dan sahsiah pelajar yang akhirnya dapat melahirkan graduan KPMB yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai akhlak yang terpuji.
Oleh yang demikian pelajar seharusnya mengambil peluang untuk menghadirkan diri ke aktiviti/program yang wajib hadir disamping menyertai lain-lain aktiviti kolej seperti Kelab Minat, sukan serta riadah. Dengan kehadiran ini, pelajar dijangka akan meningkatkan lagi pengetahuan, pengalaman dan mempunyai 'networking' dengan Komuniti Luar Kolej.
Bagi Aktiviti/Program wajib hadir, Pihak pelajar dikehendaki hadir dan sekiranya gagal, tindakan tegas akan diambil berdasarkan Peraturan Tatatertib Kolej Profesional MARA di bawah Kategori:-
KELAS B :KLAUSA 2.5: Ponteng Kolej/Kuliah (Tertakluk Kepada Peraturan Kolej Berkenaan)

:: PERATURAN PENYERTAAN AKTIVITI KOLEJ ::
Sekiranya pelajar tidak dapat menghadirkan diri, pelajar perlu memaklumkan kepada Penganjur secara bersurat untuk pertimbangan Pengecualian.
PERATURAN INI AKAN BERKUATKUASA BERMULA SEMESTER JULAI /DISEMBER 2016

PERATURAN PERMIT PERNIAGAAN

Penguatkuasaan Permit & Lesen Perniagaan Di Dalam Kawasan KPMB
Sukacita diingatkan sekali lagi bahawa semua aktiviti keusahawanan yang berlangsung di Kolej Profesional MARA Beranang perlulah mendapat lesen atau permit perniagaan daripada unit PSN.
Penguatkuasaan ini juga termasuk dengan pelajar yang berniaga untuk mengumpul dana bagi tujuan khidmat masyarakat.

PERATURAN LARANGAN

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar KPMB adalah dilarang daripada menyertai mana-mana perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara. Tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar melanggar Peraturan Tatatertib Pelajar Kolej Profesional MARA di bawah kategori seperti yang dilampirkan di bawah.
Mohon kerjasama semua pelajar KPMB untuk mengambil perhatian serius berkenaan arahan ini. Dilampirkan juga surat edaran dari Bahagian Sumber Manusia berkenaan perkara tersebut.

Hubungi kami

Kolej Profesional MARA Beranang,
Lot 2333 Jalan Kajang Seremban,
43700 Beranang, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.30 petang 
Rehat:
1.00 - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.15 tengahari - 2.45 petang (Jumaat)
Tutup:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum

  • Tel   +6 (03) 876 68935 / 36

  • Fax  +6 (03) 876 68940

  • Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pautan Dalaman

Ikuti kami di

 
     
© Copyright KPMB 2025. Design & Development by UNIT IT
KPMB tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search